Rawatan Fissure Sealant Untuk Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-kanak.

4 Fakta Fissure Sealant Ibu Bapa Wajib Ambik Tahu

1. Apakah rawatan fissure sealant?
- Satu bahan yang dilekatkan pada pit dan fisur gigi bagi mencegah karies (kerosakan gigi)
- Ia juga digunakan untuk mencegah karies awal daripada membentuk kaviti (lubang)
- Merupakan kaedah rawatan pencegahan untuk gigi kanak-kanak

2. Tujuan/ manfaat rawatan fissure sealant
- Kerosakan gigi atau karies adalah penyakit jangkitan mulut yang paling sering berlaku di kalangan kanak-kanak
- Jangkitan ini selalunya dapat dicegah dan dikawal pada peringkat awal
- Struktur pit dan fisur gigi yang dalam dan kompleks akan menyebabkan plak mudah terkumpul dan sukar untuk dibersihkan
- Semasa pertumbuhan gigi geraham adalah tempoh paling mudah plak berkumpul dan gigi lebih cenderung akan rosak
- Sebagai contoh gigi geraham kekal mengambil secara purata 18 bulan untuk tumbuh sepenuhnya di dalam mulut
- Oleh itu,individu yang berisiko karies perlu disapukan sealan secepat mungkin

3. Siapa yang memerlukan rawatan fissure sealant
Kanak-kanak dan remaja yang berisiko :
- Ada karies pada gigi susu atau gigi geraham kekal yang lain
- Mempunyai masalah perubatan, fizikal atau emosi yang berisiko mendapat penyakit atau rawatan pergigian
- Mengambil makanan dan minuman manis lebih daripada 3 kali sehari

4. Bagaimana rawatan fissure sealant dilakukan? Adakah sakit?
- Pertama, gigi akan dibersihkan dan dikeringkan dari air liur. Kemudian, Dr akan menyapu etching. Seterusnya, gigi akan dibersihkan dengan air dan dikeringkan. Selepas itu, Dr akan menyapu sealan pada gigi. Proses terakhir, cahaya 'light-cure'
digunakan untuk mengeraskan sealant.
- Rawatan ini tidak sakit

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB