Posts

Showing posts from 2024

Why Dental Implants Are the Best Choice for Missing Teeth

1. Durability Dental implants are designed to be a long-term solution for missing teeth. With proper care, including regular brushing, flossing, and dental check-ups, implants can last a lifetime. Unlike dentures or bridges, which may require frequent adjustments or replacements, implants are made from biocompatible materials such as titanium, which are highly resistant to wear and corrosion. 2. Natural Appearance One of the standout features of dental implants is their ability to replicate the look and feel of natural teeth. The crowns placed on implants are custom-made to match the size, shape, and color of your existing teeth, ensuring they blend seamlessly into your smile. They feel secure in your mouth, providing a natural sensation that helps you forget they’re even there. 3. Improved Functionality Dental implants restore nearly 100% of the functionality of natural teeth. Unlike removable dentures that might slip or make chewing difficult, implants are fixed securely in the jawbo...

Tiada lagi sakit sebab gigi palsu longgar!

  Fakta Menarik Tentang Alveolektomi yang Ramai Tidak Tahu Tahukah anda bahawa salah satu prosedur penting dalam rawatan pergigian adalah alveolektomi ? Prosedur ini sering dilakukan, tetapi ramai yang tidak mengetahui peranannya yang sangat penting dalam memastikan keselesaan pesakit, terutama bagi mereka yang memerlukan gigi palsu. Apa Itu Alveolektomi? Alveolektomi adalah prosedur pembedahan mulut yang bertujuan untuk mengangkat atau meratakan bahagian tulang alveolar di sekitar kawasan gigi yang terjejas. Tulang alveolar ialah struktur tulang yang memegang akar gigi pada rahang. Apabila gigi tercabut, tulang ini boleh menjadi tidak rata atau menonjol, menyebabkan ketidakselesaan apabila pesakit menggunakan gigi palsu. Kenapa Prosedur Ini Penting? Keselesaan Gigi Palsu: Selepas cabutan gigi, struktur tulang yang tidak rata boleh menyebabkan gigi palsu terasa tidak selesa atau menyakitkan apabila dipakai. Ini kerana permukaan gigi palsu tidak dapat menyesuaikan diri denga...

Gigi palsu longgar punca sakit dan ulser dalam mulut!

Pernahkah Anda Mengalami Masalah dengan Gigi Palsu? Adakah anda pernah membuat gigi palsu tetapi tidak dapat memakainya dengan baik kerana sakit? Mungkin anda sudah mencuba beberapa kali—membuat gigi palsu yang lain—tetapi tetap menghadapi masalah yang sama. Setiap kali cuba memakainya, rasa sakit hingga keluar air mata. Malah, ia menyebabkan ulser di dalam mulut. Kenapa Masalah Ini Berlaku? Ramai pesakit mengalami situasi ini, dan ia boleh menjejaskan kualiti hidup, terutama apabila gigi palsu menjadi sukar digunakan. Jika anda atau ibu bapa anda menghadapi masalah ini, jangan putus asa. Kami di KPS Dentalcare telah membantu ramai pesakit mendapatkan gigi palsu yang lebih baik, lebih selesa, dan sesuai untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Tunggu Sambungannya! Dalam bahagian seterusnya, sayaakan berkongsi lebih banyak maklumat dan tips untuk memastikan gigi palsu anda bukan sahaja selesa, tetapi juga dapat memberikan senyuman yang lebih yakin sehingga ke akhir hayat. Gigi...

Masalah Gusi dan Gigi Pesakit Diabetes: Bagaimana Ia Boleh Diatasi?

  Kepada Pesakit Diabetes Melitus (Kencing Manis), Jangan Berputus Asa! 💚 Ramai penghidap diabetes melitus menghadapi masalah seperti gigi bergoyang, gusi berdarah, dan gusi bernanah. Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh dirawat. Di KPS Dentalcare, kami telah membantu ramai pesakit mendapatkan semula senyuman mereka dengan gigi yang lebih baik dan selesa. Pengalaman peribadi saya juga menguatkan komitmen ini. Ibu saya, akibat kesan pengambilan ubat dan rawatan kanser, mengalami kerosakan gigi yang serius. Kami memastikan beliau menerima penggantian gigi yang terbaik—mudah dicuci dan dijaga, terutama bagi pesakit dengan penyakit kronik. Mengapa penjagaan gigi penting bagi pesakit diabetes? Kemampuan untuk makan dan mengunyah dengan baik adalah asas kepada proses penghadaman yang lancar, yang seterusnya membantu penyerapan nutrisi dan ubat-ubatan yang diperlukan tubuh. Proses ini menyokong penyembuhan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Enam tahun lalu, saya memastikan ...

Pelaksanaan Khidmat Wajib di Fasiliti Pergigian Swasta (FPS)

Image
Peluang Graduan Dentistry untuk Sertai KPS Dentalcare dalam Program FPS! Hai semua! 😊 Kalau anda graduan pergigian yang sedang mencari tempat untuk buat khidmat wajib , ini berita baik untuk anda! Kami di KPS Dentalcare sangat teruja nak kongsikan yang kami terpilih oleh Majlis Pergigian Malaysia (MPM) untuk program Pelaksanaan Khidmat Wajib di Fasiliti Pergigian Swasta (FPS) . 🎉 Kenapa kena pilih KPS Dentalcare untuk program ni? Jom tengok apa yang best kalau anda sertai kami: 🦷 Teknologi Pergigian Terkini Kami ada macam-macam peralatan canggih yang boleh bantu anda belajar dan tingkatkan skill, antaranya: Intraoral Scanner untuk imbasan gigi yang super tepat. Intraoral Camera – boleh nampak setiap sudut dengan jelas! CBCT & OPG X-ray untuk diagnosis yang lebih mendalam. Digital Smile Design (DSD) – teknologi untuk reka senyuman impian pesakit. Painless Airflow Scaler & Injection – rawatan tanpa rasa sakit, lebih selesa untuk pesakit! 👩‍⚕️ Belajar &...

CABUT GIGI BONGSU KALAU SAKIT SANGAT!

Image
  Pembedahan gigi bongsu bawah kiri yang dah berlubang teruk. Senget sangat akar distal tu tau nasib keluar comel. Alhamdulillah follow up patient lepas sehari pembedahan tak ada sakit pun. Korang yang sakit bongsu jangan takut okeyy untuk buang. InsyaAllah okeyy je. Kadang- kadang yang bongsu kita sayang ni, kena belajar untuk let go dia ok sebab dia suka menyakitkan kita. # Tinaa Mn Facebook: Shafina MN (Dentist KPS Dentalcare Balok)

Setiap Senyuman Ada Cerita: Acik M, Pesakit Istimewa Saya

Image
Dari awal acik M buat rawatan dengan saya , berbagai rawatan , surgery pun ada, sampai ada gigi semula. Sampaikan bila ada Dr locum yang merawat acik M, acik M kata rasa lain tak sama macam saya layan beliau. Acik M selalu kata cara sy sama sangat macam cucu beliau. Saya ada ramai patients yang memang rasa macam mak dan ayah sendiri. Selalu dalam hati, niat nak rawat semua patients saya macam rawat family sendiri. Selalu harap yang terbaik untuk mereka dan cuba beri yang terbaik. InsyaAllah. Dari tempat kerja lama pun macam tu. Yang memang saya sentiasa rindu patients saya yang baik, selalu doakan sy dan layan sy seperti anak mereka. Alhamdulillah sentiasa jumpa orang yang baik2 Patients yang baik2 ni satu rezeki sangat. Bila selesai semua rawatan acik M, kami bergambar. Kami sama-sama cakap, nanti rindu. Jadi bergambar untuk kenangan InsyaAllah, ada rezeki panjang umur sentiasa kita berjumpa lagi. Moga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik buat acik M Facebook: Shafina MN (Dent...

3 Kesan Mengunyah Sebelah: Gigi Pecah dan Masalah Rahang

Image
Maaf laa gambar tak comel sebab ambil kat screen. Tapi nak share jugakk. Kenapa gigi pecah terbelah dua macam ni?? SAKIT? Yaaa. Kes pecah macam ni jika sampai ke saraf teramat sakit. Perasan kan gigi geraham besar dah tak ada kat sebelah geraham kecil yang terbelah dua ni. Dan patient kita ni memang suka kunyah belah kiri sahaja setiap masa. Ada kesan sampingan ke makan sebelah je? Jawapannya ADA! 1. Overuse atau terlebih guna sebelah sahaja, gigi akan haus , PATAH macam dalam kes ni. Dan untuk kes ni geraham kecil terlalu banyak bekerja sebab missing geraham besar. 2. Otot muka jadi tertumpu lebih kuat sebelah shj. Boleh ubah saiz muka. 3. Masalah rahang sebab gigitan tak seimbang kiri dan kanan. Etc. Sebab tu, bila hilang sebatang gigi belakang terutama geraham , segera ganti untuk elak keadaan dibawah. Ada sebab kenapa Tuhan cipta 28 batang gigi ( tidak termasuk 4 geraham bongsu) dan diperlukan kesemuanya semasa mengunyah makanan. Tolong sayang gigi kita. Satu nikmat besar dal...
Image
  ROOT CANAL TREATMENT WITH INTERNAL BLEACHING- ONE VISIT TREATMENT Patient kami yang pernah buat braces dengan boss kami sendiri Dr Syarifah Fazlina datang ke klinik untuk buat retainer baru pada asalnya. Masa checkup terus perasan warna gigi kacip atas gelap. Selalu warna gigi macam ni, disebabkan beberapa faktor contoh SARAF gigi yang dah MATI dan sejarah TRAUMA, ataupun pernah buat rawatan akar. Saya bagi pilihan untuk pesakit memandangkan kes ni , pesakit belum pernah buat rawatan akar. Saraf gigi mati disebabkan pernah jatuh dulu. Ada beberapa pilihan untuk nampak gigi cerah selepas rawatan akar, dan pesakit kami pilih untuk buat internal bleaching( putihkan gigi). Paling penting tak sakit pun Alhamdulillah. Semua siap dalam satu sesi rawatan je. Kan dah cantik senyum #smileonpoint Facebook: Shafina MN (Dentist KPS Dentalcare Balok) #KPSDentalcare #KPS16thAnniversary #SmileOnPoint #KlinikGigiNearMe #ServisHebatHargaRakyat

JAWATAN KOSONG DENTIST TETAP KPS DENTALACRE DI CAWANGAN TEMERLOH!

  Adakah anda seorang Dentist yang mencari peluang kerjaya di sektor swasta?  Kini peluang terbuka di Klinik Pergigian Syarifah (KPS Dentalcare) cawangan sekitar Terengganu dan Pahang. Kenapa KPS Dentalcare pilihan terbaik untuk kerjaya anda? ✅ Program 1 to 1 Mentoring – Dibimbing secara langsung oleh dentist yang mempunyai pengalaman lama untuk meningkatkan kemahiran klinikal. ✅ In-House Training – Anda akan dibimbing dengan latihan berstruktur sebelum, semasa atau Ketika bertugas di klinik kami untuk mendalami pelbagai aspek rawatan pergigian. ✅ Tajaan Latihan Profesional – Peluang menghadiri kursus dan mendapatkan sijil tambahan secara tajaan. ✅ Advanced Latest Equipment – Dilengkapi teknologi moden untuk rawatan berkualiti tinggi untuk mudahkan kerja dentist. ✅ Program Syarikat yang Pelbagai – Aktiviti dan faedah syarikat yang menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan. 💼 Temui Kerjaya yang Anda idamkan di KPS Dentalcare! 💼 📧 Hantarkan resume anda ke: hr.kgsgroup@gmail....

Selamatkan gigi dengan Root Canal Treatment (RCT)

  Perjalanan Saya dalam Rawatan Root Canal: Menemui Kepakaran, Menghadapi Cabaran Nukilan Dr Nur Nadia Zakaria (KPS Pak Sabah Dungun) Dua tahun yang lalu, minat saya dalam bidang rawatan akar gigi atau root canal treatment  mula berkembang, meskipun waktu itu pendedahan dan pengalaman saya masih terhad. Antara saat paling teruja adalah ketika saya dapat merasai drop sensation , saat penting ketika mula membuat deroofing untuk membuka access cavity. Rasa puas itu, walaupun awal, memberikan saya motivasi yang lebih untuk terus belajar. Namun, dalam dunia  root canal , kepakaran dalam mencari access cavity  hanyalah permulaan. Sejak itu, saya menghadiri pelbagai kursus tambahan dalam bidang ini, bersama rakan yang berkongsi minat yang sama – satu kelebihan apabila ada rakan untuk berbincang dan saling membantu ketika fokus teralih. Barulah saya benar-benar faham, “Oh, begini rupanya…” setelah mengikuti beberapa kursus yang mendalam. Pengalaman ini membantu saya memaha...

PESAKIT FOBIA DATANG KLINIK GIGI!

Menghadapi Dental Fobia: Kisah Pesakit yang Berani Melawan Ketakutan Dental fobia atau ketakutan terhadap rawatan pergigian adalah isu yang kerap kita temui dalam bidang pergigian. Ramai pesakit yang secara tidak sengaja mengabaikan kesihatan gigi mereka akibat fobia ini. Namun, berita baiknya, ramai antara mereka akhirnya memberanikan diri untuk melawan ketakutan ini dan mengambil langkah pertama menuju senyuman yang lebih sihat.  Bagaimana Fobia Ini Menganggu Kesihatan Gigi? Pesakit dengan dental fobia sering mengelakkan kunjungan ke klinik gigi selama bertahun-tahun, menyebabkan masalah seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, dan ketidakselesaan ketika makan dan bercakap. Bagi mereka, walaupun kesakitan itu semakin memburuk, ketakutan lebih kuat dan sering kali menjadi penghalang untuk mendapatkan rawatan. Jom berani untuk Berubah! Walaupun rasa takut, para pesakit ini akhirnya berjaya mengatasi ketakutan mereka. Perubahan bermula apabila mereka sedar pentingnya kesihatan gigi da...

Klinik Pergigian Syarifah - KPS Dentalcare: Penyelesaian Hypodontia untuk Gigi Tidak Berkembang

Image
Hypodontia: Memahami dan Merawat Gigi Tidak Berkembang Hypodontia adalah keadaan di mana satu atau lebih gigi tidak berkembang atau tiada, dan ini boleh membawa kepada pelbagai masalah: 1. Masalah Estetik – Kehilangan gigi menyebabkan jurang yang boleh menjejaskan penampilan senyuman. 2. Masalah Pertuturan dan Mengunyah – Ketiadaan gigi boleh menjejaskan sebutan serta fungsi mengunyah makanan dengan baik. 3. Risiko Kesihatan Gigi – Gigi yang tinggal akan menerima tekanan yang tidak sekata, meningkatkan risiko kerosakan atau kehausan. 4. Kurang Keyakinan Diri – Pesakit mungkin berasa malu atau kurang yakin untuk bergaul kerana penampilan senyuman mereka. Rawatan Hypodontia Rawatan bagi hypodontia bergantung kepada tahap kesukaran setiap kes. Di Klinik Pergigian Syarifah (KPS) Paka, kami menyediakan pelan rawatan yang khusus mengikut keperluan setiap pesakit.  Sebagai contoh, Adik A, seorang pesakit berusia 19 tahun yang mengalami hypodontia, dirawat melalui pendekatan multidisiplin ...

Busy sampai tak sempat nak datang temu janji Braces? Cuba kaedah baru Aligner!

  Anda ada gigi yang tidak teratur bukan sahaja mengganggu penampilan, tetapi juga mempengaruhi kesihatan mulut. Makanan mudah tersangkut di celah-celah gigi, yang boleh menyebabkan gigi berlubang serta nafas berbau. Bila kita bercakap tentang cara nak baiki susun atur gigi, ramai akan fikir, “Pakai braces!”  Tapi, bukan semua individu sesuai atau selesa nak pakai atau pasang braces besi, terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan seperti hotel atau badan beruniform.  Bayangkan jika abang polis atau abang bomba pakai braces dengan getah berwarna-warni, pasti kurang keyakinan ketika bekerja. Tak lupa juga dengan artis atau influencer Tiktok yang mementingkan penampilan untuk bersiaran secara Live dan di set penggambaran. Sebab itu, di KPS Dentalcare atau lebih dikenali sebagai Klinik Pergigian Syarifah, kami menawarkan alternatif moden dan lebih elegan untuk mengatur susunan gigi—clear aligners. Rawatan ini sesuai untuk semua peringkat usia dan memberi kesel...

Rawatan Akar Gigi Elakkan Gigi daripada Dicabut?

Image
 Rawatan Akar Gigi Elakkan Gigi Anda Dicabut!? Masih ramai tidak tahu mengenai rawatan akar gigi. Sebab ramai patient yang datang dan minta kepada doktor supaya gigi yang sakit atau berlubang besar terus dicabut.   Tapi, jangan cabut dulu! Ada cara lain iaitu rawatan akar bagi mengelakkan gigi dicabut. So, apakah rawatan akar gigi atau RCT? Rawatan akar juga dikenali sebagai RCT ( Root Canal Treatment ) dan rawatan salur akar ialah rawatan hingga ke peringkat akar gigi.  Proses rawatan pula ialah doktor akan membersihkan akar gigi yang rosak dan masukkan tampalan kekal di dalam akar gigi. Nak lagi detail boleh refer video ni! Jadi, siapa yang perlukan rawatan akar? 1. Individu yang mempunyai gigi yang pernah mengalami jangkitan kuman hingga ke lapisan dalam gigi (pulpa). Gambar 1 menunjukkan jangkitan kuman akibat karies telah sampai ke akar gigi, menyebabkan nanah pada akar gigi (periapical abscess). Pada peringkat ini, selalunya pesakit akan rasa berdenyut-denyut d...

7 Kriteria Utama untuk Memilih Doktor Gigi yang Tepat

Menjaga kesihatan gigi adalah bahagian penting dalam kesihatan kita, dan oleh itu, mencari doktor gigi yang anda boleh percayai adalah amat penting. Laporan menunjukkan bahawa hampir separuh daripada populasi dunia mengalami penyakit oral, dan bilangan kita yang secara rutin mendapatkan rawatan pergigian adalah amat rendah. Manusia dari semua peringkat umur harus berjumpa dengan doktor gigi secara berkala, untuk memeriksa kesihatan gigi dan gusi mereka. Ini boleh mencegah tahap kesihatan gigi dan gusi mereka jadi bertambah buruk seperti penyakit gusi, gigi tercabut, gusi berdarah, gigi bergoyang, kaviti dan sebagainya. Bukan sahaja doktor gigi boleh memberikan rawatan untuk pelbagai keadaan oral, tetapi mereka juga boleh menggunakan langkah pencegahan seperti pembersihan yang mendalam dan sapuan fluoride untuk membantu melindungi kesihatan jangka panjang gigi dan gusi kita – terutamanya pada kanak-kanak. Jika anda sedang mencari doktor gigi yang boleh dipercayai, pastikan anda menilai ...