Monday, February 10, 2014

MASALAH GUSI BERNANAH (BENGKAK GUSI)



  Masalah gusi bernanah atau dental abcess kerap berlaku bukan hanya di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak.Kes di atas adalah seorang pesakit di Klinik Pergigian Syarifah cawangan Kuantan yang datang dengan aduan sakit yang amat sangat,berdenyut-denyut dan tidak dapat tidur malam di bahagian depan rahang atas beliau.

  Apabila pemeriksaan di lakukan didapati gigi hadapannya gigi 21 mobile grade2 dan tiada lubang atau carious gigi didapati pada gigi beliau.Apabila di soal selidik,didapati pesakit pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang pernah mengakibatkan "Dental Trauma" pada gigi depan beliau yang mengakibtkan gigi beliau mati.

  Oleh kerana beliau tidak dapat tidur malam hampir 3 hari  meskipun telah mengambil antibiotik dan ubat tahan sakit kami telah mengeluarkan nanah bagi meredakan kesakitan dan membuat rawatan akar (root canal treatment ) RCT bagi gigi yang terlibat bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang kembali.Jangan gopoh untuk mencabut gigi anda kerana gigi kekal yang hilang tiada penggantinya.

Antara rawatan yang boleh dilakukan jika menghadapi masalah gusi bernanah adalah:

1.Dapatkan pemeriksaan doktor gigi yang diiktiraf bagi mendapatkan ubat yang betul-betul spesific bagi
masalah yang dihadapi.
2.Masalah gusi bernanah boleh berpunca dari dua sebab yang berbeza sama ada dari masalah gigi yang mati atau masalah gusi yang tidak bersih.
3.Masalah ini boleh dirawat sama ada dengan cara RCT,dental scalling atau cabutan.
4.Masalah bengkak gusi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak boleh dirawat dengan cara membuat rawatan akar separa 'palpotomy'-meletak ubat didalam salur akar bagi mengelakkan kehilangan gigi yang terlampau awal.
5.Gigi yang tengah sakit dan bengkak tidak boleh dicabut terus pada hari yang sama,pesakit dinasihatkan perlu menghabiskan ubat antibiotik terlebih dahulu baru boleh membuat cabutan.



 SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAILKAN KEPADA SAYA

  drsya_fazlina@yahoo.com

25 comments:

Nasz Eyza said...

Hai slm..mcm mana pula gusi bernanah kerana serpihan gigi yg dah rapuh..gigi dah rapuh..yg tggl cuma akar nya saja..ada kah dr akn buat pembedahan mgeluarkan akar tersebut.?

Anonymous said...

Hi. Saya nak bertanya...kenapa gusi saya bengkak dan bernanah lg walaupun saya pernah buat RCT sblm ni? Tak terasa sakit tapi gigi tu nampak longgar...ada ke rawatan utk cegah drpd tercabut sbb gigi tu gigi depan...

DrSya said...

Assalamualikum.. Nasz Eyza,gigi yang hanya tertinggal akar boleh kami cuba cabut tampa pembedahan di klinik kami jika gigi tersebut di ambil Xray.Pengambilan xray membantu doktor memeudahkan proses mencabut gigi.

DrSya said...

Gigi yang pernah mendapat rawatan akar tidak terkecuali untuk mendapat sakit semula jika penjagaan kebersihan gigi tidak dapat dilakukan sepenuhnya..Ia perlu di ambil xray bagi menentukan masalah tersebut dan seterusnya rawatan akar yang baru bolehlah dilakukan untuk membersihkan semula jangkitan kuman tersebut.tq

Farhan Zukri said...

Salam..dr, gusi di bahagian hujung geraham (kanan) terdapat belahan/lubang yg mana sisa makanan selalu terselit dan menyebabkan saya kena gusi bernanah yg berulangan dan bengkak di bahagian rahang..bila berus gigi, kawasan tersebut tetap kotor dan kadang kala saya bersihkan guna putik kapas (isi saja cara sy dpt fikirkan untuk bersihkan kotoran di gusi tu)..adakah ini cara yg betul? Apa pemdapat dr?

Adillah Nail said...

Assalam
Doc,ada kesan buruk tak sekiranya akar gigi bongsu patah dan tertinggal didalam gusi? Sudah 4 tahun berlalu dan saya tak berasa sakit pun. Walaubagaimana pun saya ada terbaca akar gigi bongsu perlu dikeluarkan sekiranya patah dimana minor surgery perlu dibuat.

Anonymous said...

Doc..just nk tanya apakah rawatan terbaik untuk Gigi bergoyang selain mencabutnya.

asri said...

Ada no tel untk dihubingi tak

rony ron said...

Salam..nk tanya..kalau gigi dh cabut tapi kesan cabutan tak bercantum dan sakit di bahagian dalam dan bengkak dibahagian luar. Bila makan sesuatu akan bengkak dan timbul nanah..

khamashiqin said...

Assalam doktor. Saya pkai braces, dan gusi di bhgn gigi bawah saya bgkak dan tidak surut. Sblm ni ada juga bgkak, tpi lama2 akan surut dn hlg bengkak. Tpi skarg tak pun dn bgkak kat bghn lain pulak (sebelah) . dan sya dapati gusi yg bgkak tu tdal melekat di gigi dn tidak brdarah. Seolah olah gusi tu dh mati. Sya tktau laa. macam mana ni?? Tolong :((

Anonymous said...

Salam doc, maaf mggu. Sy mengalami bengkak gusi dibelakang sekali gigi di sebelah kiri. Sy punya gusi smcm tarcabut sedikit. Apa sy nk buat ye doc? Sbb sy ada terbaca yg ianya perlu dicucuk bg mngeluarkan darah didlm gusi trsebut. And adakah bahaya jika dibiarkan lama?

shafizi muhd said...

Assalamualaikum doc.....

Disini saya ingin bertanya berkenaan dgn anak saya yg berumur 5 tahun. baru2 nie dia sakit gigi geraham dan gusinya telah bengkak kemudian saya bawa dia ke dentis. Doc memaklumkan kepada saya bahawa gg anak saya rosak dan bengkak disebabkan telah kena saraf. Kemudian doc beri ubat tahan sakit serta antibiotik.Doc telah mengesyorkan supaya rawatan akar. Disini saya ingin tahu adakah rawatan akar elok bagi budak seperti anak saya dan kesannya sekiranya gigi kekal tumbuh.

reen aliza said...

Assalamualaikum doc..need u're advice urgently
Saya tgh preggy 36weeks n gusi saya tgh bengkak since geraham sy berlubang.doc gigi ada bg pcm 500mg ngan antibiotik 500mg,dah 2hari telan tp takder perubahan.bengkak besar jugak,nampak ckear kat pipi ni.doc bgtau nak cabut once bengkak dah surut tp sblm tu tak boleh ke kalau cucuk sikit kat gusi bengkak tu dgn jarum steril utk keluarkan any cecair dlm tu.berdenyut2,mmg tak selesa sgt ni....due pun dah dekat

Anonymous said...

Assalam doc...gusi anak saye ada bengkak...disyaki ada nanah...mcmana cara nak atasi...dia baru umur 3 tahun...

Ayu Namira said...

Salam dr. Gusi belakang saya bengkak besar sbb nak tumbuh gigi bongsu . Bila saya perhatikan ada macam wrna putih kekuningan seakan nanah mcm tu . Saya student dan tiada kemudahan klinik gigi di univ saya . Ada tak cara nak rawat bengkak tu selain gi jumpa dentist ? Thanks dr.

Unknown said...

Assalamualaikum dr gusi sy bengkak dn bernanah dibagian geraham belah kiri tapi gigi sy tak berlubang sb gigi sy bru tumbuh sdikit jadi daging gusi telah menutupi gigi sy yg kecil mcm mna tu doktor sb dh 2 ari sy tidk dpt tido disbbkn skit gusi ni

Anonymous said...

Assalam dr. Saya nak tanya, gigi depan saya rasa sakit sangat dan berdenyut. Pada mula2 nya bila saya minum air sejuk ada satu gigi ini terasa ngilu bila minumnya. Kemudian makin lama makin sakit sampai skrg saya rasa berdenyut. Kenapa ya doktor?

Sandah said...

Anak saya (6 tahun)mengalami bengkak gusi di gigi taring sebelah menyebelah.Giginya rosak teruk dan berlubang di hampir semua gigi.Masalahnya,bengkak tersebut tidak pandai surut setelah sekian lama.Saya ingatkan mungkin disebabkan panas,tapi anak saya kuat makan dan minum air.Adakah masalah gusi bengkak tersebut disebabkan giginya banyak rosak atau ada masalah lain.Thank dr.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Dr, if gusi bengkak boleh atau tidak pembedahan gigi dilakukan?

Unknown said...

Hi, anak saya berumur 3 tahun mengalami masalah gigi rosak sehingga gusi depen bengkak dan bernanah. Keadaan ini sudah berlajutan lebih kurang 6bulan.Saya amat binggung sebab usia ini dia enggan memberi kerjasama untuk mencabut gigi yang telah rosak..namun, dia tidak mengadu sakit. Apa yang harus saya buat untuk mengatasi masalah ini?

Alicia Lassandra said...

Nk tanya..gusi
i bengkak blh dibuat pembedahan atau tidak?

Alicia Lassandra said...

Nk tanya..gusi
i bengkak blh dibuat pembedahan atau tidak?

Dr Smile Dental Clinic said...

Salam dr, mintak izin utk share maklumat dr blog dr. :)

Lady Queen said...

Salam.. Gusi saya bernanah.. Tetapi tidak menyakitkan.. Cuma tumbuh tiba tiba.. Bagaimana saya nak buang nanah tanpa jumpa doktor

Lady Queen said...

Salam.. Gusi saya bernanah.. Tetapi tidak menyakitkan.. Cuma tumbuh tiba tiba.. Bagaimana saya nak buang nanah tanpa jumpa doktor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...