Monday, August 4, 2014

PENGGANTIAN GIGI YANG LEBIH SELESA

RAWATAN IMPLANT YANG SELESA DAN MURAH.


Hari ini saya terpanggil untuk membuat posting berkaitan dengan rawatan implant.Ini kerana saya mendapat email dan Pm di facebook Page Klinik Pergigian Syarifah (Kemaman & Kuantan) ramai yang bertanyakan berkaitan penggantian gigi yang lebih selesa berbanding cara biasa seperti gigi palsu.


Cara penggantian gigi yang hilang ada beberapa cara yang Klinik Pergigian Syarifah di Kemaman Terengganu serta Klinik Pergigian Syarifah di Jalan Teluk Sisik ada tawarkan perkhidmatan.Antaranya adalah:

1.GIGI PALSU- Arcylic,cobalt crome,valflast(gigi palsu fexible)
2.BRIDGE
3.IMPLANT



Ini adalah contoh pesakit kami yang datang dengan aduan gigi bawah yang sudah hilang dan tidak selesa dengan pemakaian gigi palsu yang sedia ada.Menurut pesakit ini,pemakaian  gigi palsu amat cerewet dan sukar kerana memerlukan penjagaan yang rapi.Jika tidak dijaga kebersihan dengan rapi,karang akan mudah terbentuk di celah-celah gigi.Akibatnya gusi senang berdarah serta menyebabkan gigi menjadi renggang dan mudah longgar..



     
     Ini adalah gambar semasa proses memasukkan implant ke dalam tulang.gambar ini di ambil semasa proses memasukkan implant.Hanya sedikit darah sahaja yang keluar, dan semasa proses ini pesakit tidak merasa sakit kerana ubat kebas diberikan di sekitar tempat yang dirawat.



 Ini adalah crown sementara yang dibuat untuk menutupi implant tersebut.Masih belum cantik kerana ini hanyalah sementara sekitar 1 ke 2 minggu bergantung kepada kes.Crown semantara ini nanti akan dibuang semula setelah crown yang betul siap.


  
 Ini adalah gambar setelah crown kekal siap.Ia kelihatan lagi cantik dari crown semantara.ia dilekatkan dengan cement  khas pada implant tersebut.Penggantian gigi cara ini lebih selesa kerana ia tidak perlu dicabut untuk menggosok gigi atau semasa tidur berbanding gigi palsu,biasanya pesakit terpaksa mencabut gigi palsu setalah makan untuk dibersihkan kerana makanan sering terperangkap dibawah gigi palsu tersebut.

 JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TAHU LANJUT BERKAITAN RAWATAN INI SILA DATANG KE KLINIK KAMI UNTUK PEMERIKSAAN PERTAMA TERLEBIH DAHULU.

SEMASA PEMERIKSAAN PERTAMA MODEL GIGI BESERTA XRAY AKAN DIAMBIL UNTUK DOKTOR MENILAI KESESUAIAN RAWATAN INI ATAU TIDAK.DISAMPING ITU IA UNTUK MELIHAT SAIZ IMPLANT SERTA PANJANG IMPLANT YANG DIPERLUKAN.PEMERIKSAAN PERTAMA INI BERNILAI   RM150.

HARGA YANG TEPAT HANYA BOLEH DIKETAHUI SETELAH DOKTOR MELIHAT XRAY DAN MODEL GIGI TERSEBUT.

ADA SESETENGAH KES ADA YANG MEMERLUKAN PENGGANTIAN TULANG.



DAPATKAN RAWATAN IMPLANT DI KLINIK KAMI DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN SEKARANG.ANDA BOLEH CALL KAMI UNTUK JANJITEMU DAN PEMERIKSAAN AWAL.

ALAMAT KAMI BESERTA NO TEL KLINIK.





BEFORE IMPLANT




AFTER IMPLANT


TESTIMONI:
                           Saya merupakan orang yang sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.Sudah lama saya bercadang untuk mengganti gigi secara kekal ini tetapi saya amat takut.Apa yang boleh saya cakap,saya takpercaya penggantian gigi ini amat mudah dan tidak seperti yang saya bayangkan.TIDAK SAKIT.Kini saya berasa jauh lebih selesa dan lebih yakin di hadapan murid-murid saya.Terima kasih Doktor-doktor di KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH dan Staff-staff mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Salam doc... berapa kos implan utk sebtg gigi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...