Tuesday, October 27, 2015

Kepentingan rekod ortodontik untuk rawatan Braces

Rekod Ortodontik ialah rekod pergigian pesakit yang diambil sebelum memulakan rawatan Braces. Ini adalah SANGAT PENTING kerana rekod ini akan digunakan untuk menentukan rancangan rawatan

Rekod ortodontik yang biasanya diambil ialah:

a) Model gigi - Model gigi digunakan untuk menentukan kedudukan gigi asal pesakit sebelum rawatan dan untuk menentukan kedudukan akan datang selepas rawatan.






b) OPG xray - Xray 2 dimensi yang menunjukkan keadaan gigi pada rahang atas dan bawah.
Ia juga boleh menunjukkan:


-gigi geraham bongsu
-gigi yang belum tumbuh
-gigi berlubang dan keadaan akar gigi
-paras tulang pada rahang serta masalah gusi

c) Lateral Cephalometry -- Xray bahagian tepi muka bermula dari bahagian kepala ke bahagian dagu.
Ia juga menunjukkan tisu lembut pada muka yang boleh digunakan untuk meramal kedudukan selepas rawatan ortodontik

d) Gambar gigi dan muka
Ianya digunakan untuk klasifikasi maloklusi pesakit dan rekod rawatan.

.                                                    Gambar dari www.bosonacortho.com

Boleh hubungi kami sekiranya anda berminat untuk rawatan braces:

KPS Kemaman - 019 9554161
KPS Teluk Sisek - 019 9814913
KPS Indera Mahkota 8 - 019 7794161

3 comments:

Anonymous said...

doctor, boleh tak kita pakai bracess selepas buat bridge? ataupun bridge dulu baru pakai braces?

Anonymous said...

gigi saya kedua2 garham dicabut sbb tampalan pecah, if saya nak buat pakai braces.. still boleh ke?

Anonymous said...

assalamualaikum

saya tidak pakai retainer selama dua tahun dan gigi dah kembal;i jarang
boleh kah saya buat retainer baru ? atau perlu pakai braces lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...