Saturday, February 4, 2017

Tua sebelum usia

Pernah tak nampak mereka yang umur 40 an, tapi nampak seperti umur 50 an? Inilah yang dipanggil tua sebelum usia. Wah, macam topik rancangan WANITA HARI INI pulak.

2 faktor utama ialah:

1. Biasanya, mereka yang  hilang/cabut gigi pada zaman remaja atau 20 an dan TIDAK MENGGANTI GIGI terutamanya gigi depan, memang nampak lebih tua. Ini disebabkan oleh tulang rahang kita berubah dan 'mengecut' menjadikan ketinggian paras muka berubah.

2. Masalah gusi di mana gigi tidak di cuci dan dirawat setiap 6 bulan sekali menyebabkan gigi menjadi jarang, jongang dan longgar.

Cara mudah nak nampak muda?
Buat rawatan gusi dan ganti gigi menggunakan bridge
-bila anda buat rawatan gusi, ia akan mengelakkan gigi menjadi lebih longgar
-Tak semua masalah gusi akan mengganti gigi guna bridge 

 Ini adalah gambar kes di klinik kami:





Sekarang senyum pun baru rasa yakin!

2 comments:

Ka kak Ka kak said...


Assalamualaikum DR Syarifah.. Mohon reply msg ini...
Mengenai member sy yg mempunyai masalah Gigi depan bahagian atas..dlm TAHUN ni dia akan berkahwin...so dia perlukan bantuan...

(1) berapa anggaran cos cabut n tanam semula Gigi itu ? Dalam 4'5 batang Gigi jgk la perlu dibaiki...

(2) N than berapa lama tempoh rawatan tersebut ?

Anonymous said...

Utk detail harga, tuan/puan boleh telefon ke cawangan klinik kami berdekatan. Gigi perlu diperiksa dahulu oleh doktor untuk menentukan rawatan yang sesuai dan tempoh rawatan bergantung pada jenis rawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...