Wednesday, April 25, 2012

Sebab Gigi Bongsu Bermasalah

Masalah Gigi Bongsu


Gigi bongu tidak dapat tumbuh dengan elok kerana tidak cukup ruang di dalam gusi untuk tumbuh disebabkan gigi bongsu adalah gigi terakhir yang akan tumbuh. Akibatnya gigi bongsu akan mengasak gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan sakit yang amat pada gigi.

Masalah ini umumnya diatasi dengan mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Apabila gigi bongsu menempati posisi yang sulit untuk dicabut, gigi geraham akan menggantikan gigi bonsu untuk dicabut. Ini akan memberi ruang kepada gigi bongsu untuk tumbuh dengan baik.Kadangkala gigi bongsu tidak muncul dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat menyebabkan penumpukan sisa makanan dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.


Kewujudan gigi bongsu pada posisi yang tidak betul boleh menyebabkan hentaman tisu lembut atau pada tulang. Biasanya, pesakit akan mengadu sakit dan bengkak di belakang gigi molar kedua. Ini diistilahkan sebagai pericornitis. Tidak semyua mengalami pericornitis, namun ini tidak bermaksa gigi bongsu mereka bermasalah. Mereka harus melakukan pemeriksaan agar dapat mengetahui kewujudan gigi bongsu agar dapat dibuang sebelum memberi kesan yang lebih teruk.

1 comment:

SEMUAproperty said...

Nak tanya pandangan doktor,selepas melalkukan pembedahan gigi bongsu, saya mengalami sakit yang berpanjangan pada bahagian gusi yang di cabut lebih tepat lagi didalam gusi bekas cabutan walaupun luka pembedahansudah lama sembuh.Sebulan selepas luka sembuh,ada tulang halus yang keluar dari gusi yang menguncup sembuh pada ketika itu.Sakitnya bila saya tekan tulang itu adalah sama seperti sakit yang saya alami sekarang walaupun tulang itu sudah saya patahkan dan tidak kelihatan lagi.Untuk pengetahuan doktor semasa bedah, tulang rahang bawah saya terpaksa di potong untuk mengeluarkan gigi bongsu.Apakah sebab masalah ini terjadi.Minta penjelasan doktor.Saya telah berjmupz dengan ramai doktor termasuk pakar pergigian di HKL,KPJ namun masalah ini belum dapat di atasi dengan izin Allah.Saya blh di emailkan kepada semuaproperty@gmail.com.MOHD EZANE BIN HJ MAHMOOD,Bandar Seri Putra, Bangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...