Saturday, January 13, 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Braces

Betih Jagung

Bertih jagung boleh tersangkut di antara wayar dan gigi anda. Sisa makanan ini boleh berada di celah tersebut untuk masa yang lama (kerana mereka susah untuk bersihkan) dan boleh menyebabkan pereputan gigi.


Kekacang

Kacang tanah, kacang badam, kacang walnut - semuanya yang keras dan rangup. Kacang yang keras memerlukan tenaga yang banyak untuk digigit. Ini berpotensi untuk menyebabkan kerosakan kepada wayar dan braket pendakap anda


Ais

Suhu ais yang sejuk boleh menyebabkan reaksi yang sensitif daripada gigi dan gusi kita. Ini tidak baik untuk kita semasa memakai pendakap. Sepanjang tempoh rawatan kita, gigi kita (termasuk gusi kita) berada dalam keadaan yang rapuh dan sensitif. Pengunyahan ais yang kerap boleh meningkatkan kadar sensitif gigi dan gusi walau selepas mengeluarkan pendakap gigi. Ia juga boleh menyebabkan kudis sejuk atau keradangan gusi.


Gula Getah

Gula getah yang terlalu melekit boleh menyebabkan braket dan wayar pendakap anda terkehel semasa anda cuba mengeluarkan gula getah tersebut! Wayar yang terkehel boleh mencalar pipi dalaman dan gusi anda seperti spring terpatah


Biskut yang Keras

Walaupun biskut tidak sebahaya berbanding kepada makanan yang lain dalam senarai ini, biskut yang keras juga memerlukan tenaga yang banyak untuk digigit dan dikunyah semasa kita makan.


Sayur Mentah

Sayur mentah lebih keras daripada sayur masak, dan memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada gigi dan rahang kita dalam usaha menggigit dan mengunyah. Tekanan yang berlebihan pada gigi kita boleh merosakkan braket dan wayar, serta menyebabkan posisi pendakap kita terkehel.


Buah-buahan yang keras

Tekanan gigitan yang kuat sudahpun membawa potensi kerosakan kepada wayar dan braket pendakap anda.


Daging Kental
Pengunyahan daging yang kental memerlukan tenaga yang banyak daripada gigi dan rahang kita, lalu meletakkan tekanan yang banyak pada pendakap kita. Walaupun permukaan daging yang lembut tidak akan merosakkan pendakap kita secara langsung, mengunyah daging kental terlalu banyak boleh melonggarkan wayar yang menyambungkan brakat dan gigi kita, lalu mengurangkan keberkesanannya.


Makanan Dan Minuman Berasid


Makanan berasid boleh mengakis enamel (lapisan luaran gigi kita), dan asid tersebut juga bertempatan di sekitar braket dan permukaan gigi kita. Kadang-kadang, ini boleh menyebabkan kemunculan pluque pada permukaan gigi kita yang tidak dapat dilihat sehingga kita mengeluarkan pendakap gigi .






Untuk pertanyaan serta janjitemu anda boleh whatapp atau call kami di :

Klinik Pergigian Syarifah Geliga,Kemaman - wasap.my/60199554161
Klinik Pergigian Syarifah Dungun,Paka - wasap.my/60199704161
Klinik Pergigian Syarifah Kuantan,Indera Mahkota8 - wasap.my/60197794161
Klinik Pergigian Syarifah Kuantan,Teluk Sisik - wasap.my/60199814913

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...