Sunday, April 1, 2018

Sakit gigi berdenyut-denyut


Ramai yang hanya datang klinik masa gigi dah sakit berdenyut dan mengganggu tidur. Kalau nak tahu, sakit berdenyut macam tu sebenarnya petanda buruk. Haa? PETANDA BURUK?

Petanda gigi anda tu dah ada jangkitan kuman la... Infection kata omputih

Masa ni jugak la ramai yang nak suruh Dr cabut gigi. Haaiihh...Biasanya, kalau Dr cabut gigi yang sakit berdenyut 2-3 hari terdekat ni, memang sakit walaupun Dr dah bius banyak kali.

Biasanya Dr akan bagitahu dulu, gigi ni mungkin sakit jugak walaupun dah bius. Tapi ramai yang nak jugak cabut sebab tak tahan sakit. Akhirnya surrender nak makan ubat dulu sebab sakit masa Dr tarik gigi tu.

Itulah, Dr selalu pesan, kena buat routine check up 6 bulan sekali. Lepas tu, kalau ada lubang terus tampal. Lubang kecik tu la yang nak kena terus tampal, bukan dah lubang besar baru nak tampal.

Nanti menyesal!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...