5 Langkah Mudah Penjagaan Braces

Penjagaan braces amat penting bagi memastikan kesihatan dan kekemasan gigi berterusan terutama selepas tamat tempoh rawatan. Berikut ialah 5 langkah mudah dalam menjaga gigi anda apabila memakai braces.

 1. Menjaga Kebersihan Gigi dan Gusi

Pesakit haruslah menjaga kebersihan gigi dengan memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. Kemudian gunakan berus berbulu untuk membersihkan makanan yang terperangkap antara besi dan kurungan pendakap gigi.

2. Penggunaan Floss

Pesakit harus meletakkan di floss di bawah wayar dan tarik flos melalui dengan tangan yang lain dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan apa-apa makanan yang mungkin terperangkap di antara gigi dan gusi . Ulang proses berikut dengan perlahan-lahan.




3. Urutan Gusi

Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan baik akan menjadikan gigi bebas-bakteria manakala proses rawatan juga akan berjalan dengan lebih lancar.


4. Penggunaan Lilin


Gunakan lilin (yang disediakan pihak pergigian) untuk mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi. Gunakan sedikit lilin dan tutup pada bahagian braket yang menyebabkan kesakitan.




5. Sentiasa Memeriksa Tahap Kebersihan Gigi

Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan gigi dan gusi mereka adalah memuaskan.






Amalkan penjagaan gigi dan gusi secara berterusan untuk kesihatan anda, dan paling penting senyuman yang menawan.

entri asal : fastbraces

Comments

naOmeycHan said…
berapa kos yg d kenakn law sy nk pkai braces ni?
DrSya said…
bergntung kepada keadaan gigi..
kalau gigi yang lebih kurang complex, harga lbh murah...

sila ke klinik dahulu untuk membuat pemeriksaan dan doc akan mencadangkan jenis braces yang sesuai & harga...
Anonymous said…
doc, boleh saya tahu berapa kos untuk braces di klinik doc? berapa bayaran untuk deposit?
DrSya said…
sila emailkan pertanyaan tersebut ke drsya_fazlina@yahoo.com atau hubungi klinik kami untuk pertanyaan harga.
Anonymous said…
lau nk buat dental implant?
DrSya said…
sila email drsya_fazlina@yahoo.com atau hubungi klinik kami untuk pertanyaan harga
Unknown said…
boleh ke pakai braces tanpa bedah rahang?
DrSya said…
bergantung kpd keadaan pesakit..kemungkinan boleh..jika pesakit mempunyai masalah rahang, dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan dijalankan secepatnya sblm terlambat...
Anonymous said…
salam…..sy nk wt bridge bg gigi sy apakah langkah yg terbaik bg mnjga bridge ni agar kekal lebih lama…ckupkan dgn mmberus gigi dn berkumur sahaja???
Anonymous said…
Klinik ni kerajaan atau swasta ?

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge