Friday, December 23, 2011

Rawatan Akar

Rawatan Akar (endodontik treatment / root canal) merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat infeksi atau rosak. Ia bertujuan untuk mengekalkan ia pada struktur rahang (mengelakkan cabutan dan agar gigi terus kekal berfungsi di dalam mulut). Infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan akar.

Terdapat beberapa ciri bagi gigi yang memerlukan rawatan akar.
  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.

Rawatan salur akar dinasihatkan perlu dilakukan agar gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Jika rawatan akar tidak dijalankan dengan segera, anda mungkin menghadapi risiko seperti kesakitan gigi yang teruk, jangkitan nanah pada gigi tersebut dan akhir sekali gigi tersebut terpaksa dicabut.


Kebiasaannya rawatan ini tidak menyakitkan dan bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu. Ketika dalam tempoh rawatan Jangkitan mungkin akan berlaku, namun ianya dapat dirawat melalui antibiotik dan ubat tahan sakit.
 
Ini adalah satu prosedur yang amat berkesan, walaupun memakan masa yang agak lama . Dalam kebanyakan kes, rawatan akar boleh mengambil beberapa jam dan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekalkan gigi anda. Walaupun ia mungkin mengambil masa yang lama - ia lebih daripada berbaloi apabila ia menyelamatkan gigi anda daripada dicabut.
 
Dapatkan rawatan akar segera!

2 comments:

Maria El-na said...

mengapa sy trasa sgt2 sakit slepas melakukan rawatan akar? bengkak dan tidak dpt mengancing gigi seperti biasa..

Anonymous said...

la yer ker..tkt plak nk bt lau cm ni...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...