Wednesday, December 28, 2011

Pemutihan Gigi

Teeth Whitening atau pemutihan gigi merupakan suatu kaedah dalam rawatan pergigian kosmetik untuk mendapatkan gigi yang putih dan bersinar. Ramai orang menganggap bahawa rawatan scalling (cuci gigi) dapat memutihkan gigi mereka tetapi ia sebenarnya agak mustahil jika rawatan pemutihan gigi tidak dijalankan.

Sama ada anda telah hilang keyakinan diri kerana gigi anda telah kekuningan atau anda hanya ingin mempuyai penampilan diri yang terbaik, pemutihan gigi adalah satu cara yang cepat dan berkesan untuk mencerahkan senyuman anda dan meningkatkan keyakinan diri anda melalui penampilan diri anda
 
     Contoh selepas mendapatkan rawatan teeth whitening.


Pemutihan gigi dapat menghapuskan perubahan warna dan kotoran pada gigi, dan pigmentasi semulajadi gigi. Melalui rawatan ini, anda boleh mengharapkan gigi anda menjadi nyata cerah selepas gigi pemutih.

Terdapat dua kaedah dalam rawatan pemutihan gigi, iaitu di Klinik Gigi atau di rumah. 
 

Contoh alatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Syarifah

Kaedah pemutihan gigi di Klinik Gigi
Di klinik gigi, kaedah dilakukan ialah dengan menggunakan gel bleaching dan cahaya laser. Ini adalah satu kaedah yang baik pemutihan gigi untuk gigi sensitif dan proses ini dipantau oleh doktor gigi. Melalui cara ini, gigi akan diasingkan dari bibir dan gusi dengan teliti kemudian gel bleaching dikenakan kepada mereka. Laser digunakan bersama-sama dengan gel untuk mempercepat dan menguatkan proses pemutihan gigi. Keputusan boleh dicapai dalam satu atau dua lawatan.

Anda juga boleh mendapatkan alat pemutihan gigi untuk rawatan di rumah (sendiri) di klinik-klinik gigi. Namun disarankan agar menjalankan rawatan ini di klinik gigi untuk kesan yang lebih tahan lama dan terjamin keberhasilannya.

p.s :
Anda boleh mendapatkan rawatan pemutihan gigi atau whitening di Klinik Pergigian Syarifah di Kemaman, Trg atau di Kuantan, Pahang. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

10 comments:

cIKhA said...

menarik ni..cawangan kat kuantan ade tak?kosnya camne?

Dr. Syarifah said...

ada...kat jalan teluk sisek...kalau buat kat rumah, kos lebih murah..

naOmeycHan said...

anggaran kos berape klaw buat kt rumah?

zaihan said...

berapa kos kalau pergi klinik?

Dr. Syarifah said...

sila email drsya_fazlina@yahoo.com atau hubungi klinik kami untuk pertanyaan harga

intan dhia capit said...

kalaw braces kire2 hrge die mcm mne plk?

Anonymous said...

sy nk tnye,..klo rwatan di rumah tu mcm mn?? kt cwangan ngeri lain xda ke??

Anonymous said...

saya dah pasang braces di jb slame hampir 2 bln lebih.da baya around 3100 tidak tmasuk kos xray n cabut.tp kne pindah ke maran.rasenye kne sambung di ktn.payment die camane tu..

Siti Norliyana said...

kalau jenis gig yng bertompok kuning mcm mne? die kt certai2 tmpt je, bkn kt satu gigi?

yotz rient said...

Ada tak cawangan klinik rawatan pemutihan gigi d area kota kinabalu sabah?please pm me.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...