Salam sejahtera buat pembaca blog Klinik Pergigian Syarifah khususnya bagi mereka yang sentiasa mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Syarifah.
Sejak klinik membuat akaun facebook dan blog, makin ramai yang bertanya tentang kos rawatan braces yang sebenar sama ada melalui emai, sms, facebook mahupun blog.
Di sini Klinik Pergigian Syarifah ingin memaklumkan bahawa harga braces bukan suatu harga yang ditetapkan secara tetap. Ia bergantung kepada keadaan gigi pesakit itu sendiri.
Jika pesakit mempunyai masalah susunan gigi yang tidak kronik, atau hanya mempunyai masalah susunan gigi pada bahagian atas atau bawah sahaja, maka tempoh rawatan braces mereka lebih singkat. Kaedah untuk merawat susunan gigi mereka juga lebih mudah.
Manakala, jika pesakit mempunyai masalah susunan gigi yang kompleks termasuk mempunyai masalah rahang atau masalah pergigian yang umum. Tempoh rawatan braces mereka lebih lama dan masalah mereka perlu dirawat dengan leih teliti.
Ini merupakan salah satu faktor harga braces tidak dapat ditetapkan hanya melalui sms, email dan lain-lain tanpa pemeriksaan umum terlebih dahulu.
Di Klinik Pergigian Syarifah, kami menganjurkan agar pesakit kami untuk datang terus ke klinik untuk pemeriksaan gigi secara keseluruhan. Di sini, kami dapat mengambil model gigi anda untuk dijadikan rujukan doktor, x-ray, gambar bertujuan mengenalpasti masalah pergigian anda. Doktor juga akan terus merawat gigi anda jika terdapat masalah seperti scalling dan filling (tampalan). Proses ini hanya memakan masa antara 15-30 minit sahaja.
Seterusnya Klinik Pergigian Syarifah akan menghubungi anda untuk mendapatkan rundingan. Pada ketika ini, doktor akan menerangkan kepada anda tentang masalah yang anda alami serta kos braces akan ditetapkan.
Ia seterusnya bergantung kepada pesakit sama ada ingin meneruskan rawatan atau tidak. Jika mereka bersetuju untuk mendapatkan rawatan braces di Klinik Pergigian Syarifah, satu temujanji akan ditetapkan untuk pemakaian braces.
Bayaran boleh dibayar secara beransur-ansur dalam tempoh rawatan braces. Dengan kepakaran dan teknologi yang digunakan oleh Klinik Pergigian Syarifah, kebanyakan tempoh rawatan braces di Klinik Pergigian Syarifah ialah hanya selama 7 bulan hingga 2 tahun.
Diharapkan entri kali ini dapat menjawab segala pertanyaan berkaitan kos braces dan prosedurnya. Terima Kasih.
43 comments:
adakah klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit?
oowh baru faham . okey...thanks doktor...:)
to anymous : tidak
to Cik Tasya : sama2 :D
Klinik ni dekat mane ?
geliga, kemaman..dan jalan teluk sisek, kuantan.
bole x bg anggaran kasar harga braces sb sye survey hrga kat area KL dlm rm4500 untuk tempoh pemakaiaan 2 thn ats n bwh. terima kasih Dr..
kos check xray dn tampalan gigi tu berapa?
Doktor, boleh sy taw estimate kos tuk pakai braces?
Assalam. Nk tanya. Gigi sy ni jenis jarang. I mean mmg semua jarang. Klu nk pakai brace yg jenis mana sesuai agaknya? Retainer ok x?
Gigi yang jarang boleh dibaiki dengan cara memakai braces...selepas selesai memakai braces adik dikehendaki memakai retainer bagi mengekalkan keputusan yg dicapai...jenis braces biasa atau self ligating sesuai digunakan..tq
dr saya nak tanya , saya dah berumur 31 thun dktor, ada kemungkinan x, saya akan memakai lebih dari 2 tahun pendakap gigi?
salam dr, saya berumur 2i thn,sy menghadapi masalah gigi atas yg jonggang, sy pernah pergi ke klinik gigi kerajaan msa sy umur belasan thn utk pakai braces, tp doc tu ckp sy perlu jalani pembendahan.tp parent sy tangguhkan dulu. tp now sy nk buat future treatment utk gigi sy. sy juga baru 8 bln menjalani pembendahan di bahagian tulang otak kerna ad ketumbuhan kecil, adkh sy akan mengalami sebarang risiko if sy nk buat braces or any surgery? tyvm
salam doktor . gigi saya jarang dan sy sudah pon berjumpa doktor , doktor tersebut menyuruh saya memakai retainer tanpa memakai braces . takpa ke pakai retainer tanpa memakai braces ? apakah kebaikan dan keburukannya ? tq doktor.
Assalammualaikum, saya berminat untuk menerima rawatan dr Dr syarifah. tapi saya duduk di KL, ada ke cawangan2 terdekat di area KL dan sekiranya tiada bolehkah beri suggestion Dr gigi yang dikenali area KL agar senang bagi saya menghubungi..
emel saya : hbzanur2@gmail.com
Assalammualaikum. May i ask you something. Doktor, kalau kita pakai retainer shj boleh ke? Since my teeth werent so bad in condition. Gigi saya ada natural gap yg agak besar pd bhgn gigi belakang, tulang ayam pun boleh tersekat. and how much the cost it will be?
alaaa jauh lah pulak :'((((((((
i sent message for you on facebook reply it ? tq :)
assalam,doctor.sy brumur 24thn brminat nk pakai braces coz nk baiki gg yg brlapis atas n bwah.masalah sy ialah gg graham bawah kanan n kiri dh tiada.adakah sy brpluang tuk pakai braces n brapa anggaran kosnya.n klu boleh sy tanya,boleh x beri suggestion klinik gigi yg boleh sy kunjungi area jerantut,mentakab or bentong.tq..
salam doctor..saya nak tanya..,kalau saya tak pakai braces tapi nak pakai retainer terus boleh ke?
saya mempunyai gigi yg jarang..boleh ke saya memakai braces??
Asslamualaikum doktor . Saya seorang perlajar tingkatan 5 . Ingin memakai braces dengan masa trdekat ini . Kawan saya ada bgthu . Kos nya akan rendah jika ibubapa brkerja kerajaan . Dan boleh ke kalau ingin memakai braces skdar suka suka saja ?
Salam dr, klu pergi utk mndptkn consult pasal braces, brape kosnya?
Doc sy nk pkai braces utk bhgian gigi atas shj krna gigi bhgian atas sy masuk ke dalam..jika sy pkai braces utk bhgian atas adakah
akan kmbli sama dgn bhgian bwh..
Hai doktor. Nak tanya, kalau nak pakai braces gigi atas je anggaran kosnya berapa ringgit ya? or anyone? pls answer me
nak tny, sy pna pakai braces sblm ni, bt once bila my wisdom tooth muncol je gigi lari n retainer besi pn lari alignment. so nk kna pakai braces blk ke ada alternative lain which x costly?
Dr blh tak gigi yg bahagian dpn yg lebih kurang mcm arnab kalau sebaris kan gigi tu dngn gigi yg lain blh tak?
sye ade gigi taring klau sye gune braces rata tak gigi sye trmasuk gigi taring
Doktor brapa hrga nya
Doktor brapa hrga nya
la. saya nk sgt. tapi saya tinggal di tg. malim. dr bukak la cawangan kt tg malim. please :)
Salam Dr,sya tak de mslah pade gg..bleh atau takk if sya nk pkai braces skadar suke2..? :)
Salam dr ,sya mahu pakai braces atas bawah,berapa anggaran harganya berapa ringgit?umur sye 13 thun.
Boleh saya tahu Harga Braces terkini 2014-2015? dan ada cara tak kalau nak braces murah selain bayar ansuran?
Assalam doktor. Saya nak tanya, saya pakai braces dan gusi kat bhgn gigi bawah saya bengkak. Kenapa eh? :( dan macam mana nk hilangkan nya? Saya risau.
Aslmkm... Doc sy da mslh gigi jrng bhgian tgh... Bhgian ats... Nak pki braces bhgian ats untuk mslh nie brp angrnnya... Tempoh msa?
Doctor. Kalau budak bawah 17 tahun pakai braces. Hanya pakai digigi atas sahaja. Sebab jongang. How much long?
salam doc..klu buat braces gg ats brpe harga nyer??
as salam doc...sy nk tnya doc ada tak buat treatment untk pemakaian invisalign?
Assalam dr..boley saya tau kos pemakaian braces..anggaran la utk gigi atas shja..trima kasih dr.
Salam dr.. Syaa nk tnya.. Saya buat braces di klntn.. Dan pmbyran saya dah hbis boleh ke klau saya nk bukak braces di klnik dr? Sbb saya dah lama x blik klntn n dr sAna ckp last saya tarik gigi die ckp dah boleh bukak cuma saya dah lma tak blik saya.. Boleh ke klnik dr bukak kan?
salam doktor...klu sye pakai braces bhgian ats shje..brpe anggaran harga???
Salam dr.. Boleh ke nak pasang braces if gigi geraham bawah yg belakang takde.. Yg atas ok aje
Salam dr. Boleh sy tahu harga anggaran utk pemasangan braces atas dan bawah?
Salam dr..nk tya..gigi geraham bawah kiri n kanan dh cabut.. So, boleh ke kalau nk pakai braces untuk rapatkan semula?
Post a Comment