Penjagaan Gigi dari Sudut Islam
Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (Riwayat Baihaqi) Bersugi pada istilahnya atau pada bahasa mudahnya memberus gigi tanpa kita sedari merupakan amalan yang telah lama dituntut dalam ajaran Islam melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. (Riwayat Muslim) Menurut hadis yang lain pula iaitu, daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman." Melalui hadis-hadis tersebut, jelaslah Islam amat menuntut umatnya dalam menjaga kebersihan diri khususnya dalam penjagaan mulut atau gigi. Dalam kehidupan hari ini, pelbagai alternatif boleh diambil melalui kemajuan teknologi yang tiad