Sunday, July 14, 2013

FAQ: hukum membuat rawatan pergigian (cabut,injection dll) ketika berpuasa

Soalan

Apakah hukum membuat rawatan pergigian (cabut,injection dll) ketika berpuasa

Jawapan

Cabut gigi, tampal gigi atau cuci gigi boleh dilakukan semasa berpuasa
dengan syarat tidak menelan segala ubat, darah atau sebagainya. Jika
tertelan, maka terbatallah puasanya.


 Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua doktor gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa. 

Sekiranya anda benar-benar memerlukan rawatan pergigian kerana sudah tidak tahan sakit dan mengganggu untuk berpuasa, jangan bimbang untuk mendapatkan rawatan kerana kami sememangnya memberi kemudahan dan ruang untuk andajika bimbang tertelan ubat, darah dll meludah atau berkumur semasa rawatan dilakukan. Anda akan berasa lebih yakin dan selesa.

Tetapi, sekiranya anda kurang yakin, boleh juga mendapatkan rawatan tersebut pada waktu malam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...