Wednesday, July 24, 2013

Kenapa perlu cuci gigi (scaling)

Rawatan cuci gigi aka scaling adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. TETAPI bagi mereka yang merokok, amatlah sukar untuk membuang stain rokok (nikotin) tanpa menggunakan alatan khas pencucian gigi. Dan sekiranya anda ialaah heavy smoker, stain tersebut akan mula melekat semula (sedikit demi sedikit) walaupun selepas gigi di cuci.




Semasa dan selepas pencucian gigi, anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah. Ini adalah normal untuk mereka yang mengalami masalah gusi. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi atau makan, gusi anda berdarah dan kadangkala berdarah walaupun tidak disentuh.   

Selepas gigi di cuci, anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, biasanya terasa seperti ada ruang. Ini adalah normal kerana bila karang sudah dibuang, anda akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang. jangan risau okey!

Alat pencucian aka scaler tidak menghakis gigi seperti yang diperkatakan kerana hanya menggunakan getaran (vibration) untuk membuang karang gigi. Jadi gigi tak akan menjadi nipis. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...