Wednesday, July 31, 2013

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

Ramai yang salah faham tentang tanam gigi. Tanam gigi yang sebenarnya ialah implant, dan bukan dental bridge (jambatan gigi). Walaupun nampak seperti ditanam,. dental bridge tidak ditanam ke dalam gusi melalui cara pembedahan seperti implant. Dental bridge hanya diletakkan pada permukaan gusi dan bergantung kepada gigi tupang (gigi sebelah).

Berbeza dengan bridge, implan yang diperbuat daripada titanium bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada porselin dilekatkan di atasnya.Prosedur ini banyak bergantung kepada beberapa faktor antaranya tulang gusi yang kuat untuk menampung implan dan porselin. Jika tulang gusi tidak kuat, ia tidak boleh dilakukan.

Contoh: 

Dental bridge memerlukan gig tupang yang perlu dimasukkan sekali untuk dibuat bridge.
Sekiranya anda inginkan implant, hanya 2 implant yang perlu dimasukkan dan gigi sebelah tidak terlibat dalam proses rawatan.

Bridge:

(tiada akar dimasukkan ke dalam gusi, maka tiada proses pembedahan dan memerlukan gigi tupang)


Implant:

(Titanium ditanam melalui proses pembedahan kecil dan bertindak sebagai akar kepada gigi. Tidak memerlukan gigi tupang)


Untuk info lebih lanjut tentang implant, boleh klik:



Hukum tanam gigi (implant)

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekir
anya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.

Dijawab oleh Ustazah Sakinah;

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

8 comments:

zoztance DODz said...

Assalamualaikum doctor.. berapakah jumlah biaya untuk tanam sebatang gigi ...

DrSya said...

wasalam... implant berharga RM4000-6000 satu batang..sila kunjungi klinik pergigian syarifah untuk memudahkan doktor membuat pemeriksaan..tq

HARITA HUSSIN said...

As salam. Brapakah kos utk dental bridge?

Anonymous said...

Salam doc.boleh ke kalau kita nak tanam gigi asal kita?

hs Haliza said...

Assalamualaikum dr. Sy nk tny soalan. Bolehkah sy buat braces bersama gigi implan bridges?sy dh ada gigi bridges 2 biji kt bhgn ats hdpn. Tp sy rsa gigi makin ke depan. Sy nk buat braces. Boleh ke?tq..

shamcoklat said...

2 Gigi depan dah ade 'laluan' ni...camner ni...ape kaedah terbaik yer.

Nazleen Fazreen said...

Salam docter sy tersgtlah takut nak pegi clinic gigi sampai gigi sy 2btg dah pecah tingal akar je sakit x ya buat implan atau bridge gigi? N boleh buat di clinic kerajaan x tq

Anonymous said...

doktor kalau gigi taring kat bahagian atas dpn nak pkai bridge boleh ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...