GIGI PALSU FLEXIBLE vs GIGI PALSU COBALT CROME


 Ramai  yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mengganti gigi mereka yang telah hilang.Adakah perlu dicabut semua sekali dahulu baru boleh di ganti dengan gigi palsu penuh?
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganti gigi yang hilang antaranya adalah:
1.Implant gigi
2.Jambatan gigi/dental bridge
3.Gigi palsu Acrilic
4.Gigi palsu flexibe
5.Gigi palsu  cobalt chrome
gigi palsu flexible
gigi palsu chrome cobalt
Hari ini saya hanya ingin menerangkan perbezaan antara gigi palsu flexible dan gigi palsu chrome cobalt.Seperti gambar rajah di atas, gigi palsu flexible ia lembut dan mudah di lentur.Tidak seperti gigi palsu Arcrilic jika jatuh ia mudah patah tetapi gigi palsu flexible dan chrome cobalt ini jarang yang patah.


Di samping itu gigi palsu flexible ini juga biasanya lagi melekat dari gigi palsu Arcrilic kerana gigi palsu ini dapat memegang disekeliling gigi yand ada.ia juga boleh di lentur,serta mempunyai tapak yg lebih kecil,ringan,selesa,serta tiada dawai besi. .

Berbanding gigi palsu biasa(Acrylic dentures) yg memerlukan tapak yg besar dan dawai besi sbg sokongan menyebabkan si pemakai tidak selesa kerana berat dan berasa penuh di dalam mulut.




Gigi palsu chrome colbat juaga antara gigi palsu yang selesa digunakan dan tahan lama berbanding gigi palsu Arcrilic.Ia di buat daripada chrome,ia juga lebih kecil dan ringan.kekurangannya hanyalah pada warnanya yang kurang estetik.
Walau apapun pilihan gigi palsu anda,ia tetap PALSu..yang pastinya yang asli yang paling selesa tiada bandingan 
. Oleh itu,jagalah gigi anda jangan sampai memerlukan pemakaian gigi palsu.
Ini kerana apa-apa jenis penggantian gigi pun anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.


.

Comments

Anonymous said…
salam
boleh bg tau harga kedua2 jnis gg palsu ni?
Unknown said…
Harga untuk kedua2 nya macam mana?
Anonymous said…
Boleh bagi tau harga acrylic bagi full set atas & bawah?

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB